Kembar Darah

Aku terfikir akan tajuk ini semasa aku main game..Hhaahahah..Bila hati tak tentu arah, aku suka main game..Atau masa aku ala2 bosan ke apa kan..So game buat aku lupa perkara-perkara yang buat aku sedih atau resah..Kononnya lah..Hhaahahah..

Apa dia yang “kembar darah”? Ini ayat arwah mak aku yang bagi.. Dek kerana keakraban hubungan, arwah bagi nama itu..Nama itu terus digunakan sampai sekarang dan In Sha Allah selama-lamanya..

Tidak mempunyai pertalian kekeluargaan namun, jika sakit, boleh rasa, jika marah atau terasa, boleh rasa..Jika sedih pun boleh rasa..Hati akan rasa lain..Aku tak tahu nak explain macam mana..Aku bagi contoh..Kalau ada terasa atau kecil hati, hati aku akan rasa dan rasa macam berat..Begitu juga perasaan2 yang lain..

Disebabkan terlalu attach antara satu sama lain, itu yang diberi gelaran “kembar darah”..Sebab kalau kembar betul-betul tidak la logik kan..Hahahaha..Darah tu semua ada dalam badan manusia..Yang mana Tuhan cipta umatNya sama, dari tempat yang sama..Itulah konsepnya..Haish aku nak terang pun terkial-kial..Hhaahhaah..

Sangat rapat..Apa sahaja yang tak kena, cepat terasa..Kalau benda kecil pun kadang-kadang tersentap..Hahahaha..Even umur dah banyak tapi tetap le ada perasaan cenggini kan..Kisah pulak aku orang nak kata apa :p

Aku gelarkan “kembar” lah ya..Heheheheh..Ala-ala tak nak reveal siapa, apa dan sebagainya :p “Kembar” banyak membantu aku semenjak arwah Mak tak ada..Sebenarnya aku anggap “kembar” lebih daripada seorang mak..Sebab aku tak ada sesiapa..Maksud tak ada sesiapa ini ialah yang rapat dengan aku..Kawan ramai..Saudara pun ramai..Tapi ntahlah.. Boleh dikatakan 90% kisah aku “kembar” tahu..Dulu ada la juga aku rahsiakan..Tapi sikit demi sedikit aku bongkarkan..Hahahah..Even arwah Mak pun tak tahu..Hehheheeh..Sorry mak..

Kenapa cerita pasal “kembar”? Ntah..tetiba rasa nak cite pasal “kembar” nan satu ini..Hahahahah..Panjang cerita tapi tak tahu sampai mana cerita ini berakhir dalam blog ini..Aku tulis sebab nak jadikan kenangan..Mana la tahu bila aku tak ada nanti, sekurang-kurangnya blog ini boleh menjadi bacaan bagi sesiapa sahaja..Dan semestinya untuk “kembar” juga..

Benar, “kembar” amat bermakna buat aku..Disebabkan itulah benda kecil pun aku boleh sentap atau kecil hati..Hahahaha..Kadang-kadang orang lain tak nampak, tapi kami je yang nampak kalau ada apa-apa masalah..Mungkin juga faktor usia jadi kematangan itu terlebih la kan..Lagi-lagi “kembar”..Hahahaha..Aku? Forever 25! :p

Aku cuma nak katakan, aku sayang “kembar” sama macam aku sayang arwah Mak.. “Kembar” pula aku tidak la tahu macam mana..Pasti berbahagi2..Hahahah..Banyak tanggungan kan..Tapi tidak mengapa..Itu normal..bila sudah berkeluarga..Aku harapkan apa yang aku pernah lakukan samada dalam sedar atau tidak, buat dia terasa dan sebagainya, dia tidak serik untuk masih menjadi “mak” aku..Aku sentiasa mahu berubah..Sikit demi sedikit..Itu aku boleh rasa..Aku juga berharap dia juga sama macam aku..Dan paling utama, aku harap dia berubah untuk satu perkara ini..Apa dia? Biarlah rahsia..Dia pun tahu apa yang aku tak berkenan.. Peace no war :p ahahahaha..

Kad yang aku terima semalam, baru aku baca..Ada satu lagi “kad”, belum lagi aku buka..Itu nanti..Kad yang satu ini, tajuknya K.I.TA..Disebabkan KITA itulah entry kali ini aku tulis.. Walhal pemikiran aku merata-rata..Hahahaha..Ntah apa la yang aku merepek meraban kali ini..

YA! K.I.T.A !

Chow chin chow!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s