Apakah diharapkan hujan tanpa awan…

Tajuk entry kali ini adalah status aku di Whatsapp..Apa maksudnya? Seseorang bertanya maksud tersirat ayat ini “Apakah diharapkan hujan tanpa awan”..Ada yang boleh explain? Atau aku serahkan kepada korang untuk cari maksudnya πŸ™‚ Tak susah pun..Google kan ada..Heeheheheh… Zaman sekarang informasi semua di hujung jari..Jadi? Klik dan search sahaja…Heheheh..

Lagi dua minggu tahun 2016 melabuhkan tirai..Adakah azam tahun ini tercapai? Apa pula azam tahun baru nanti? Bagi aku, azam adalah sebagai kata-kata semangat untuk diri seseorang untuk mencapai matlamat..Tapi untuk aku pula, aku lebih mahu fokus kepada sesuatu perkara untuk lebih baik dan terbaik..Semestinya setiap tahun kita akan cakap mahu pembaharuan..Tapi bila sudah sampai tarikh akhir, pembaharuan pun belum tentu ada..Baiklah ambil kata-kata ini “follow with the flow”..

2016 tahun yang mencabar bagi aku..Dengan hal keluarga, dengan hal partime business..Ala-ala baru nk menapak..Jadinya banyaklah juga benda kena laluikan..Memang kena kuatkan mindah mental bagai..Haaahaha..

Hal keluarga pula, ada yang tahu dan mungkin tak tahu..Tidak mengapa..Siapa lagi kalau bukan Pak Mohd..Heeheheh..Baru-baru ini aku ke Singapore..Ada hal yang berlaku..Hal yang aku tak nak ingat sedikit pun..Masih menganggu aku sebenarnya..Aku dah tak nak ingat pasal apa yg berlaku..Cuma aku rasa sedih sebab aku tak tahu nak buat apa..Kiranya perasaan sendiri yang menganggu..Aku berterima kasih kepada kawan aku kerana bantu aku ketika aku berada di Singapore..Kalaulah dia tak ada, aku tak tahu nak minta tolong dengan siapa..Dia banyak membantu sebenarnya..

Sama macam tajuk entry aku, apalah diharapkan hujan tanpa awan..Uhuhuhuhu..Begitulah perasaannya..Sejenis kosong yang tak tahu nak tuju kepada siapa…Ya memang aku rapat dengan seorang ini..Tidak perlu aku tulis nama kerana pasti ada yang tahu..Tapi aku tidak boleh nak harapkan dia..Dia pun ada tanggungan dia sendiri..Aku jadi segan..Perasaan segan tu masih ada..Ego ke aku? Tidaklah..Senang cite, forever alone! Hahahaha! Tapi serius eh..memang forever alone..Hehehehe..Ok lah..Nanti sambung..aku sebenarnya mengantuk..awal pulak mata layu…

Ok!

Chow Chin Chow!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s