Rindu Syahdu Di Hari Raya

Hamboi kemain tajuk..Hahahaha..Tajuk lagu laaa..Lagu kakak I..Huahuahua…Cam sesuai lak tajuk lagu tu kan..Waimanya memang syahdu kalau nak raya ni..Tapi aku cuba kontrol emosi supaya tak badmood atau sebagainya..Kang payah pula kan..Dulu kalut beli tiket nak balik Kuantan..Nak jumpa Mak Abah..Lepas Mak pergi, kalut tu jadi syahdu, sayu dan sedih.. Bila balik pun, macam tak ada apa..Rutin pagi raya, pergi kubur..Pastu balik rumah tengok tv..

Aku tak nak jumpa sesiapa..Ntah la.. Paling kuat pun aku pergi rumah kawan arwah Mak..Atau Acik Nor datang rumah..Dialah yang masak untuk kami sekeluarga..Walaupun aku berdua je dengan Abah tapi tetap ada makanan untuk kami..Dia bagai pengganti Mak buat aku..Kiranya dialah satu-satunya ahli keluarga yang rapat dengan aku..Isi dalam semua dia tahu..Tapi tidak la 100%..Ada juga perkara tertentu aku rahsiakan..Heheheheh..

Pakcik aku pula, Ateh kat Sarawak..Pindah sana sebab Finas transfer dia ke sana..Ateh pun aku rapat juga..Tetapi tidak serapat dengan Acik..Ateh macam banker buat kami sepupu sepapat..Hahahahaha..Tapi rasanya aku jarang minta duit dengan dia..Dia bagi lagi ada..Hahahhaha..Nak bagitahu aku anak saudara dia yang baik la konooonnn..Padahal ada juga kes aku dengan dia before this..Hahahaha..Tidak mengapa..Sudah jadi sejarah pun..Masing-masing dah besar dan tahu menilai,kan?

Yer raya pertama aku di Kuala Lumpur..Hahhahaha…For sure aku mereput kat rumahnya..Huahuahua..Esoknya pula aku hantar Abah balik Kuantan..Aku suspen sebenarnya..Kut lah ada perkara di luar jangkaan kan..Tetapi aku berdoa supaya tidak ada apa-apa..Risau gegurl! Tak de tak de..Tak de apa-apa..Hheeheheh..Lepas tu Jumaat aku balik KL semula lepas hantar Abah..Kengkawan tanya kenapa kejap sangat..Napa tak stay..

Rumah aku di sana sudah aku sewakan..Lepas tu rumah Abah di kawasan adik-beradik dia tu, nama je rumah tetapi tidak siap sepenuhnya..Yang tak siap tu macam tandas etc..Tukang buat tu tak buat-buat..Mengada-ngada..Dah tahu Abah tak ada, buat jer la..Tak kan nak tunggu dia ada pulak..Nak suruh aku bayar? Kalau ikutkan rumah tu dah habis bayar..Tinggal RM1500..Itu baki api elektrik..So?Nak aku bayar habis? Tidak sama sekali! Aku berani tinggalkan Abah di situ sebab dia boleh pergi rumah adik-beradik dia kalau nak makan ke mandi ke dan lain-lain..Selepas seminggu aku ambil dia nanti..Itu kalau aku tidak pergi Singapore..Kalau pergi Singapore, selepas itu aku baru ambik dia..

Rumah Acik Nor ada..Tetapi aku segan..Sebab pasti anak menantu dia balik..Menurut Acik mereka balik selepas raya pertama..Jadinya tak akan aku nak stay rumah dia..Haritu aku cakap nak stay kat Hotel Bajet, dia bising..Hahahahah..Maka disebabkan itulah aku balik KL Jumaat..So apa aku nak buat nanti? Dalam kepala, tengok wayang, puasa ganti, kemas selagi boleh kemas, buat kerja apa yang ada dan sebagainya..Hahahahaha..

Chow Chin Chow!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s