Abah…

Rabu dah Raya..Buat sekian kalinya Raya di Kuala Lumpur bersama Abah..Agak janggal..Tapi janggal tu dah lama semenjak arwah Mak tak ada..Tapi aku kuatkan diri hanya kerana Abah..Aku tahu dia rindu Mak..Dia rindu semuanya..Begitu juga aku..Tapi sikap dan sifat Abah tidak sama seperti orang lain yang normal..Luaran nampak dia normal tetapi sebenarnya tidak..Mungkin ada yang kata aku terlalu kasar dengan dia..Adakala aku hilang sabar apabila sesuatu perkara dia tak dengar..Ya dia kurang pendengaran..Tapi banyak kali ulang benda yang sama, bosan juga kan? Terfikir macam mana Mak hidup dengan Abah..Haish..

Tidak mengapalah..Abah sudah duduk dengan aku..Aku pula yang bekerja siang malam..Biar dia rehat..Walaupun aku tahu dia bosan, tetapi dia cepat dapat kawan..Guard kat rumah ni pun dah jadi kawan dia..Hahahahaha..Kalau aku balik lambat masa bulan puasa, dia pergi surau awal..Ataupun dia masak..Ya dia boleh masak! Menu dia ialah mee goreng mee goreng..Hahahahah..Tiap-tiap hari aku check wallet dia..Aku tk nak dia tkde duit..Aku pastikan dalam wallet tu at least ada RM50..Cukuplah tu..silap-silap sampai 3 hari..Habis tu kadang2 aku guna duit aku untuk beli barang-barang dapur..Tak pun aku suruh dia beli..Ada kerja dia nak pergi jalan kan..Tak ada la bosan..Heheheheh…

Cerita Abah tidak pernah terhenti..Ada sahaja..Tapi aku bersyukur sebab dia masih boleh berjalan..Tidak seperti orang lain..Lepas Mak pergi, aku tak keruan..Masih di awangan..Kesian kat Abah..Tapi aku tak mampu untuk bawa dia ke KL ketika itu..Last year ada kes besar berlaku..Disaster jap hidup aku..Aku maafkan mereka yang buat dajal kat bapa aku..Tapi aku tidak akan lupa..Actually tak nak maafkan..Tetapi tak baik tak maafkan orang..Sedangkan Nabi pun maafkan umatnya..

Kesan kes besar tu masih terasa sampai sekarang..Sebab Abah macam tak boleh move on..Dia move on bila dia dengan aku..Bila aku tak de? Haish..Disebabkan itu jugalah rumah di Kuantan aku sewakan..Walaupun sebenarnya hati aku teragak untuk sewakan..Sebab rumah itu banyak kenangan..Cumanya kenangan itu hilang bila banjir besar berlaku..Semua kenangan lenyap.. Tapi tidak pernah aku lupa apa yang berlaku di rumah itu.. Sentiasa segar diingatan..

Tak apalah..Semua yang berlaku ada hikmah..Tuhan itu ada..Semoga apa yang berlaku, sentiasa memberikan aku kekuatan untuk meneruskan hidup…

Chow Chin Chow!

 

Advertisements

One Comment Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s